Thursday 17 March 2011

PEMBELAJARAN KENDIRI  1 : MINGGU 1
Pelajar membaca lanjut tentang konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian. Buat catatan ringkas dalam power point @ browser tentang pentaksiran,pengujian dan penilaian.

1.1 KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN
      1.1.1 Pentaksiran
v   melibatkan  proses membuat keputusan berdasarkan  kepada suatu peraturan  atau piawaian.
v   merupakan  sebahagian daripada proses pembelajaran, merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan tertentu. ( LPM, 2000)
v   satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

       1.1.2 Pengujian
v  Proses penyerahan set soalan piawai yang perlu dijawab
v  Satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku
v   Pengujian adalah satu alat ukur.

      1.1.3 Penilaian
v   satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara.
v  Satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

       1.1.4Tujuan Pentaksiran
©  Mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
©  Menilai aktiviti yang dijalankan semasa proses p&p
©  Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang p&p
©  Memperbaiki p&p
©  Merancang aktiviti p&p yangtersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
©  Melibatkan sebahagian atau semua murid dalam kelas secara efektif
©  Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

     1.1.5Ciri-ciri Pentaksiran
 ©Kesahan skor
 ©Kebolehpercayaan skor
 ©keobjektifan
 ©kebolehtadbiran
 ©kemudahtafsiran
 ©kekomprehensifan

Bibliografi
  1. http://www.abdulmanan87.blogspot.com
  2. http://nurulsimaothman-bmm.blogspot.com
  3. http://rozaidisalim.blogspot.com
  4. Lee Shok Mee( 1990 pedagogi 4 (A): pengujian dan Penilaian
      Dalam Pendidikan,Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

No comments:

Post a Comment