Friday 18 March 2011

ISL 3

PEMBELAJARAN KENDIRI 3: MINGGU 3
Pelajar membuat nota lanjut tentang JSU dalam power point @ dokumen biasa.
v  Dikenali sebagai ‘Test Blue Print’ dan ‘Test Specification’ bagi membantu guru menyediakan satu ujian yang mempunyai keutuhan dan kesahan yang tinggi.
v  Guru boleh merancang ujian dengan menggunakan soalan daripada item soalan serta berpandukan kepada JSU.
v  JSU menghuraikan apek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item soalan.
v  Terdiri daripada dua paksi iaitu paksi ‘kandungan’( menegak ) dan paksi  ‘aras kemahiran’ ( melintang )
v  Ciri-ciri JSU
v  Kandungan ujian
v  2.Aras kemahiran yang brgantung dengan taksonomi objektif pendidikan.
v  3.Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.

KEPENTINGAN JSU
v  Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
v  Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
v  Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran  ujian dari setahun ke setahun.
v  Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain
v  Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran






Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)
JSU mengandungi maklumat tentang:
Bentuk dan panjangnya ujian
Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.
Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

Langkah pertama
Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua
Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik. Jumlah Soalan

Langkah tiga
Menentukan aras kesukaran
Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.


Langkah empat
Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
enis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)

Langkah Lima
Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam
Menyatakan matapelajaran
Tingkatan atau kelas
Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

Bibliografi
  1. http://www.abdulmanan87.blogspot.com
  2. http://nurulsimaothman-bmm.blogspot.com
  3. http://rozaidisalim.blogspot.com
  4. Lee Shok Mee( 1990 pedagogi 4 (A): pengujian dan Penilaian
      Dalam Pendidikan,Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd 

No comments:

Post a Comment