PEMBELAJARAN KENDIRI 6 :MINGGU 6
Pelajar membuat bacaan lanjut tentang kaedah penilaian bahasa
Penilaian Melalui Portfolio.
v Penilaian Melalui Pemerhatian.
v Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran.
v Penilaian Melalui Soal Jawab.
v Penilaian Melalui Projek.
v Penilaian Melalui Kertas Kerja.
Penilaian Melalui Portfolio.
Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui
Ciri-ciri portfolio
v Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
v Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
v pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.
v Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
v Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan
Penilaian Portfolio
v Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
v Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
v Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.
Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina
v Porfolio kerja harian
v Portfolio hasil terbaik
v Portfolio dokumen.
Portfolio Kerja Harian
v Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan
tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
Contohnya;Proses perkembangan idea dijalankan
secara harian untuk menghasilkan lukisan.
Portfolio Hasil Terbaik
v Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio
kerja harian.
v Berbentuk sumatif
Contohnya;Hasil lukisan yang terbaik daripada beberapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.
Portfolio Dokumen
v Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
Contohnya;Hasil lukisan daripada warna tersebut.
Kegunaan Portfolio
v Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
v Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
v Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
v Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
v Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.
Perancangan Portfolio
v Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:
v Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
v Kenalpasti isi kandungan portfolio.
v Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
v Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.
Bagaimana Portfolio dinilai?
v Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
v Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
v Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.
Penilaian Melalui Pemerhatian
v Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.
v Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.
v Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profil.
v Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.
v Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.
v Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;
v Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;
Kualiti Pemerhatian
v Bentuk perancangan
v Merekod penilaian pemerhatian
v Jenis Pemerhatian
v Strategi pelaksanaan
v Fungsi penilaian melalui pemerhatian.
Bentuk Perancangan
v Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
v Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
v Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian
Merekod penilaian pemerhatian
v Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
v Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
v Menjalankan Tugasan
v Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
v Cara merekodkan dapatan dan rumusan
v Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
v Tindakan Susulan
v Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.
Rekod anekdot
v Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut:
v Kecekapan linguistik (bidang bahasa)Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu:
• Muzik
• Kecekapan (body khanisthetic)
• Kecekapan intrapersonal
• Kecekapan interpersonal
Jenis pemerhatian
Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:
• Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian (interpretation) dan tanggapan (judgement).
• Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”.
Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang.
Penilaian dalam bentuk sekuense.
Strategi Pelaksanaan.
v Secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti/ dirancang.
v Menggunakan senarai semak.
v Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
v Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
v Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
v Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
Fungsi Pemerhatian
Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.
Bibliografi
- http://www.abdulmanan87.blogspot.com
- http://nurulsimaothman-bmm.blogspot.com
- http://rozaidisalim.blogspot.com
- Lee Shok Mee( 1990 pedagogi 4 (A): pengujian dan Penilaian