Friday 18 March 2011

ISL 2

PEMBELAJARAN KENDIRI 2 :  MINGGU 2
Pelajar membuat catatan tentang taksonomi Bloom dan domain.
Mengikut Kamus Dewan Edisi keempat (2005) menyatakan taksonomi ialah kajian tentang prinsip,peraturan dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu.
Taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan
Terdapat tiga domain utama  dalam pendidikan.
v  Domain kognitif
v  Domain Afektif
v  Domain Psikomotor
v  Domain Kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
v  Domain Afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
v  Domain Psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
v  Penggunaan kognitif Bloom amat penting bagi setiap guru.
v  Guru harus membezakan aras kesukaran soalan yang dibina.
v  Setiap item yang dibina perlu menepati aras kognitif Bloom kerana ia amat penting bagi emastikan taburan aras kesukaran adalah tepat dan adil                    pada setiap pelajar.
v  Aras Kognitif Bloom perlu dirancang oleh guru berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) yang mengambil kira pengagihan topik dan masa.

Menurut Benjamin S.Bloom, aras kognitif dibahagikan kepaa 6 tahap:
v  Pengetahuan –kebolehan pelajar untuk mengingat kembali fakta.prinsip,hukum,konsep.
Contoh soalan bermula dengan perkataan seperti Apakah,Siapakah,Senaraikan,Nyatakan,Namakan,Labelkan.
v  Kefahaman- Kebolehan pelajar untuk memahami,menukar,menerangkan dan menjelaskan prinsip,konsep,hukum dan teori. Contoh soalan bermula dengan perkataan seperti Jelaskan,Terangkan,Huraikan.
v  Penggunaan/Aplikasi- Kebolehan pelajar untuk menggunakan fakta,prinsip,konsep,hukum,teori untuk menyelesaikan masalah.Contoh soalan bermula dengan perkataan sepeerti Kirakan,Selesaikan,Gunakan,Tunjukkan.
v  Analisis- Kebolehan pelajar membanding dan mnghuraikan faktor kesamaan,perbezaan dan perhubungan antara satu sama lain.Contoh soalan bermula dengan perkataan seperi Tafsirkan,Asingkan,Bandingkan,Bahagikan.
v  Penggunaan/Aplikasi- Kebolehan pelajar untuk menggunakan fakta,prinsip,konsep,hukum,teori untuk menyelesaikan masalah.Contoh soalan bermula dengan perkataan sepeerti Kirakan,Selesaikan,Gunakan,Tunjukkan.
v  Analisis- Kebolehan pelajar membanding dan mnghuraikan faktor kesamaan,perbezaan dan perhubungan antara satu sama lain.Contoh soalan bermula dengan perkataan seperi Tafsirkan,Asingkan,Bandingkan,Bahagikan.
v  Sintesis- Kebolehan pelajar mencantum,menggabung dan mengintegrasikan fakta dan idea yang berkaitan.Contoh soalan bermula dengan perkataan seperti Gabungkan, Bentukkan , kumpulkan,Merekabentuk.
v  Penilaian – Kebolehan pelajar untuk membuktikan, menilai,mengesahkan, mengkritik,memberi pendapat atau merumus sesuatu prinsip,teori pernyataan dan karya.Contoh soalan bermula dengan perkataan seperti Buktikan,Nilaikan,Kritikan,berikan komen anda.


Penerimaan

Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin disampaikan. Individu tidak akan menolak rangsangan. Tindakan adalah terhad.

Gerakbalas

Seseorang akan bertindakbalas kepada rangsangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ini adalah motif ingin tahu. Tindakbalas ini akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. Gerakbalas pada mulanya atas arahan terpaksa dan akhirnya akan menjadi kepuasan.
Penilaian

Sesorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Nilai atau motif ini boleh dianggap motif luaran atau menjadi landasan kepada setiap individu.


Jenis penilaian

1. Penerimaansemua nilai yang menjadi landasan kepada penerimaan.
2. Pemilihan nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada landasan pendiriannya.
3. Komitmen memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan pendirian dan menerima cabaran.
Organisasi

Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang sistematik. Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian diantaranya dan menyusun nilai-nilai konsep itu.

Perwatakan

Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

Bibliografi
  1. http://www.abdulmanan87.blogspot.com
  2. http://nurulsimaothman-bmm.blogspot.com
  3. http://rozaidisalim.blogspot.com
  4. Lee Shok Mee( 1990 pedagogi 4 (A): pengujian dan Penilaian
      Dalam Pendidikan,Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd 

No comments:

Post a Comment